REALITI UMNO

Khamis, 19 Mac 2009

Adun Pakatan Rakyat gesa SPRM siasat semua tuduhan rasuah

SHAH ALAM, 16 Mac (Hrkh) - Adun Pakatan Rakyat sebulat suara menyokong usul Meru, Dr Rani Osman yang menggesa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat semua tuduhan rasuah dan salahguna kuasa yang serius tanpa memikirkan merit bagi membuktikan SPRM sebagai badan bebas.

Dalam usul tersebut beliau menegaskan amalan rasuah boleh melemahkan sistem demokrasi dan ia merupakan virus berbahaya yang mampu merampas jati diri masyarakat.

Pada mulanya kata beliau, rakyat berkeyakinan dengan penjenamaan SPRM yang sebelum ini Biro Siasatan Negara (BSN) dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan menjadi lebih telus, cekap, bebas dan berkuasa.

Bagaimanapun, katanya, rakyat tertipu apabila satu demi satu penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang dilaporkan kepada SPRM tidak sedikit pun diambil tindakan.

“SPRM yang dilihat lebih berkuasa hanya menjalankan dakwaan terpilih dan terbukti apabila ada laporan rasuah melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat mereka cepat bertindak dan `menikus’ apabila melibatkan pimpinan Umno/BN,” katanya.

Contoh kata beliau, dalam kes pemberian 46 ekor lembu dan kereta Lexcus milik Menteri Besar SPRM bertindak pantas malah telah menjatuhkan hukuman mendahului Peguam Negara.

Beliau mempersoalkan bagaimana hukuman boleh dijatuhkan sedangkan laporan baru siasatan baru hendak diserahkan kepada Peguam Negara.

“Apakah Pengerusi SPRM mahu mempengaruhi keputusan Peguam Negara sedangkan dalam masa yang sama laporan rasuah yang dilakukan oleh Umno banyak yang tertunggak bertahun-tahun,” tegasnya.

SPRM juga digesa meneliti semula kes-kes rasuah yang membabitkan pemimpin Umno Johor yang cuba merasuah calon PAS dalam pilihan raya 2004.

Walaupun sudah lima tahun katanya, kes itu berlaku namun tiada sebarang tindakan yang diambil sedangkan pengadu telah menyerahkan semua bukti.

Begitu juga tuduhan rasuah membabitkan Ketua Umno Kota Tinggi (Dato’ Syed Hamid Albar) menerusi akuan bersumpah seorang pemimpin Umno Cawangan tetapi sehingga sekarang masih tiada jawapan.

0 comments:

 
PKR-Puchong - © 2007 Template feito por Templates para Você