REALITI UMNO

Jumaat, 20 Mac 2009

Manikumar calon PKR di Bukit Selambau

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan muka baru S Manikumar sebagai calon Pakatan Rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 7 April depan.

manikumar pkr candidate for bukit selambau 190309 01Beliau membuat pengumuman tersebut di Sungai Petani pagi ini.

Seorang muka baru dalam arena politik, Manikumar, 35, dianggap sebagai pilihan yang mengejutkan untuk mewakili Pakatan dalam pilihanraya kecil yang anggap sangat penting ini.

Beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan penduduk asal Bukit Selambau.

Manikumar akan berdepan dengan calon BN, Datuk S Ganesan dari MIC dan sejumlah calon bebas dalam pilihanraya kecil tersebut.

Suruhanjaya pilihanraya menetapkan penamaan calon pada 29 Mac ini.

0 comments:

 
PKR-Puchong - © 2007 Template feito por Templates para Você