REALITI UMNO

Jumaat, 20 Mac 2009

Status Elizabeth Dibincang Selepas Perjumpaan Dengan MB

KUALA SELANGOR, 19 Mac - Kedudukan Elizabeth Wong sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang masih menjadi teka-teki hanya akan diputuskan selepas pertemuan beliau dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dato’ Menteri Besar berkata beliau akan bertemu dengan Elizabeth pada hujung minggu ini.

“Saya akan berjumpa beliau Sabtu atau Ahad, tapi saya tidak hendak bincangkan (di sini) apa yang saya hendak bincangkan dengan beliau,” katanya yang ditemui pemberita selepas sambutan Konvoi Kembara Rakyat di Stadium Tertutup Kuala Selangor bersempena satu tahun pentadbiran baharu kerajaan Pakatan Rakyat.

Abdul Khalid berkata beliau perlu berbincang dengan Elizabeth mengenai perkara itu walaupun laporan daripada pihak polis masih belum diterima.

“Fokus perbincangan nanti ialah mengenai masa depan beliau bersama kami, apa yang beliau perlu dan apa yang (kerajaan) negeri perlukan,” katanya.

Ketika ditanya adakah perbincangan itu turut menyentuh kedudukan Elizabeth sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Abdul Khalid enggan mengulas.

“Saya tidak mahu buat spekulasi mengenai perbincangan itu,” katanya.

Beliau berkata keputusan mengenai kedudukan Elizabeth akan diputuskan beliau dan anggota Exco yang lain.

Elizabeth yang bercuti sebulan sejak gambar separuh bogelnya disiarkan di internet, bercadang berjumpa Abdul Khalid pada 16 Mac selepas cutinya berakhir.

Bagaimanapun, Abdul Khalid mencadangkan pertemuan itu dibuat pada hujung minggu ini memandangkan beliau perlu menghadiri persidangan dewan undangan negeri.

0 comments:

 
PKR-Puchong - © 2007 Template feito por Templates para Você