REALITI UMNO

Isnin, 13 April 2009

Petunjuk Prestasi Ekonomi Hambar : Anwar

KUALA LUMPUR , 13 April (SK) : Kajian oleh Political and Economic Risk Consultancy (Perc) tahun ini menunjukkan prestasi kehakiman Hong Kong serta Singapura mendahului kita.

“Malaysia masih jauh di belakang Jepun, Taiwan dan Filipina,” kata Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim dalam blog beliau hari ini.

Kajian yang mengambil kira pandangan 1537 eksekutif korporat yang bekerja di Asia itu sudah tentu menghambat usaha memulihkan ekonomi negara yang sedang mengalami kemelesetan.

Tambahan lagi angka mahupun maklumat yang boleh dijadikan rujukan prestasi ekonomi negara memperlihatkan kemungkinan yang merisaukan.

Pengumuman Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bahawa jumlah penumpang yang menggunakan lapangan terbang di bawah kendaliannya jatuh sebanyak 9.2% menjadikan hanya 3.274 juta penumpang pada Februari 2009 berbanding 3.606 juta pada bulan Februari tahun lepas.

“Berulang kali saya ungkapkan manakala pentingnya jumlah dana untuk rangsangan ekonomi, memulihkan keyakinan umum termasuk komuniti pembentuk pendapat adalah ciri penting yang tidak boleh diketepikan ketika berhadapan dengan kegawatan kewangan,” jelas Anwar

“Komentar para pakar ekonomi menunjukkan pemantapan permintaan domestik memainkan peranan penting, dan ini tidak dapat dilakukan sekiranya rakyat tidak berkeyakinan terhadap pengurusan ekonomi,” tambah beliau.

0 comments:

 
PKR-Puchong - © 2007 Template feito por Templates para Você