REALITI UMNO

Jumaat, 26 Jun 2009

Gesaan Najib teruskan bincang kerajaan perpaduan dibidas - Suara Keadilan

KUALA LUMPUR, Jun 25 — Penasihat DAP Lim Kit Siang membidas gesaan Perdana Menteri Najib Razak kepada PAS supaya menghidupkan semula cadangan pembentukan kerajaan perpaduan, kononnya demi kepentingan bangsa melayu dan Islam.

Lim menyifatkan gesaan itu bukan sahaja mencerminkan politik sempit tetapi dan mencondong kepada perpaduan satu kaum sahaja.

“Adakah beliau merestui jika perbincangan mengenai perpaduan antara kaum Cina diadakan oleh parti BN dan pihak lain ..begitu juga jika perbincangan yang sama antara kaum India, Iban atau Kadazan? tanya Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor.

Bercakap kepada media di lobi Parlimen, Kit Siang berkata gesaan najib itu membelakangkan slogan 1Malaysia yang dicanangnya sebagai komitment pentadbiran beliau untuk memupuk perpaduan kalangan pelbagai kaum.

“Kita sepatutnya mengadakan perbincangan perpaduan rakyat Malaysia dan Pakatan Rakyat bersikap terbuka jika mahu diadakan perbincangan bersama bagi semua isu-isu demi kepentingan negara,” tambahnya lagi.

Beliau juga melontar persoalan samada parti-parti komponen BN akan terus menerima konsep 1Malaysia dalam keadaan UMNO begitu cenderung mahu menubuhkan kerajaan perpaduan dengan PAS.

Beliau mencabar pemimpin parti komponen Bn membuat pendirian terbuka dengan kesungguhan UMNO untuk menjalin kerjasama politik dengan PAS atas alasan memelihara kepentingan Melayu.

“Adakah Ong Tee Keat (Presiden MCA) dan Koh Tsu Koon (Presiden Gerakan) bersetuju bahawa perbincangan perpaduan Melayu tidak bercanggah dengan 1 Malaysia? Mengapa mereka membisu mengenai perkara ini? tanya Kit Siang.

Najib terus memainkan isu kerajaan perpaduan sebagai modal politik untuk meraih sokongan pengundi Melayu yang semakin pudar terhadap UMNO. PAS telah pun secara rasmi menolak perlawaan itu dan menyatakan komitment penuh untuk memperkasakan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan alternatif yang berwibawa bagi menggantikan BN.

Dalam satu kenyataan bersama Isnin lalu, ketiga-tiga pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP menolak cadangan kerajaan perpaduan sebagai fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak Umno untuk menggugat kekuatan Pakatan yang semakin mendapat dokongan rakyat.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

0 comments:

 
PKR-Puchong - © 2007 Template feito por Templates para Você