REALITI UMNO

Isnin, 23 Mac 2009

Program di Rumah Panjang Lepang, Lubok Antu

Semalam, saya hadhir ke Rumah Panjang Lepang di Lubok Antu untuk program bersama penduduk setempat.

Perjalanan dari Kuching ke sini mencabar sekali. Dalam ucapan, saya menerangkan kepada hadhirin perihal agenda Pakatan Rakyat iaitu membantu rakyat tanpa mengira batas kaum.

Kini, masanya telah tiba untuk melakukan perubahan di Sarawak dan semuga Batang Ai menjadi permulaan untuk menggerakkan momentum ini, inshaallah.

ANWAR IBRAHIM

Catatan Dari Dua Bukit

Saya dan Datuk Seri Nizar bersama di Batu Cempedak, Khamis malam. Majlis berubah tempat ka kawasan pedalaman kerana larangan polis!

Sekitar jam 1.30 pagi, kami singgah di warung Penanti. Sempat pula menonton beberapa episod menarik dari filem Antara Dua Darjat - P. Ramlee dibelasah dan dialog menarik perihal Engku Hasan dan wanita cabaret (kalangan muda mungkin kurang serasi dengan istilah cabaret dan mungkin diganti dengan disko dan clubbing!).

Pagi Jumaat, kami minum pagi di rumah Dato’ Rashid bersama Ahmad Kassim dan Johari Abdul. Pada jam 10 pagi, nama calun Pakatan Rakyat untuk Pilihan Raya Kecil Dun Bukit Selambau diumumkan iaitu saudara Manikumar. Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah turut berucap dan menyampaikan sokongan.

Pergelutan biasa menyusul selesai pengumuman dan saya memberi ruang kepada beberapa tokoh India meluahkan pandangan. Keadaan tenang dengan pengakuan masing-masing untuk bekerja keras menyokong calun yang dipilih.

Saya seterusnya ka Permatang Pauh dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuan Haji Abdullah, Tanah Liat kemudiannya makan tengahari bersama imam dan Ustaz Mutalib.

KeADILan Bahagian Permatang Pauh mengadakan mesyuarat khas dengan saya pada jam 3.30 petang dan memaklumkan kemajuan menerbitkan Warta Permatang Pauh dan kejayaan meningkatkan jumlah keahlian. Saya turut memaklumkan mengenai hasrat YB Fairus meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri. Selain itu saya sibuk menalipon Ketua Menteri, YAB Lim Guan Eng dan saudara Fairus.

Salesai bersolat Maghrib, saya berkesempatan berbual singkat dengan peserta seminar penghayatan Islam di Yayasan Aman. Kemudian kami berlepas ka Tambun dan Pasir Salak dalam majlis ceramah umum dan tiba pulang hampir jam 3 pagi di rumah.

ANWAR IBRAHIM

Pilihanraya Kecil Dua Bukit (terkini)


Di Bukit Selambau, Exco Wanita Keadilan Pusat yang diketuai oleh Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin telah bertemu calon KEADILAN di Bukit Selambau.

(Gambar di kanan: Srikandi Kedah)

Beliau seorang pemuda yang berjiwa besar dan dibesarkan dalam suasana muhibbah, di mana hubungan kemanusiaan adalah berdasarkan hubungan antara insan tanpa mengira siapa mereka. Beliau berkeyakinan bahawa perjuangan beliau dalam KEADILAN adalah suatu perjuangan yang soleh yang memerlukan pengorbanan. Beliau fasih berbahasa Melayu Kedah dengan pertuturan yang lembut dan sentiasa mengalu-ngalukan pandangan bernas daripada mereka yang lebih senior dalam parti. Semuga para senior sentiasa memberikan nasihat terbaik, dengan kepentingan rakyat sentiasa didahulukan dalam penjadualan program dan aktiviti untuk beliau.

Itulah calon KEADILAN bagi Bukit Selambau, Manikumar, 35 tahun, sudah berkeluarga dan mempunyai seorang anak. (Gambar, kanan, Zuraida Kamaruddin bersama Salma Ismail)

Pengarah Jentera Pilihanraya Wanita KEADILAN Bukit Selambau, Salma Ismail, telah mengerahkan aktivis, ahli-ahli, simpatisan Wanita KEADILAN untuk memberi segala keupayaan dan kesungguhan yang ada untuk mengekalkan kerusi Pakatan Dun Selambau dalam Pilihanraya. (Gambar bawah: Dato’ Rashid Din, Ahli Parlimen Merbok menyampaikan ucapan di majlis perassmian Bilik Gerakan Wanita N25 Bukit Selambau)

Kesempatan pertemuan di Bukit Selambau telah juga dimanafaat untuk Sambutan Hari Wanita Sedunia yang telah dirasmikan oleh Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

Ketua Wanita juga telah bersama-sama pengundi di Batu Belacan di mana bekas Adun, Arumugam tewas sebanyak empat undi.

(Gambar, kiri, Ketua Wanita Bukit Selambau)

(Gambar, atas: Kiri sekali, Naib Ketua Wanita, Noorsham Abu Samah, Zuraida K., Salma Ismail, Manikumar dan Nurin Ain)

Selepas itu Zuraida Kamaruddin telah meneruskan lawatan kerja ke Bukit Gantang besama Pimpinan Pakatan Rakyat menyambut Hari Wanita di peringkat Negeri Perak.
Kelihatan dalam gambar di kiri, pimpinan PAS, KEADILAN, dan DAP. Sedang berucap ialah Haniza Talha di Sambutan Hari Wanita, Bukit Gantang.

 
PKR-Puchong - © 2007 Template feito por Templates para Você