REALITI UMNO

Rabu, 1 April 2009

Bukit Selambau: Bekas Ketua Cawangan Umno Calon Bebas?

KUALA LUMPUR, 1 April (SK) - Sebuah blog hari ini mendakwa seorang calon bebas yang bertanding di Bukit Selambau adalah bekas Ketua Umno Cawangan.

Menurut blog Utara Online, calon berkenaan, Anuar Abd Hamid yang mengunakan lambang telefon adalah bekas Ketua Umno Cawangan Jalan Badlishah.

Selain itu, Anuar juga dikatakan bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Merbok sehingga tahun 2008.

Pendedahan yang dilakukan blog ini antara lain menafikan bahawa calon bebas yang bertanding di Bukit Selambau adalah calon yang ditaja oleh Pakatan Rakyat.

Menyamai gelagat ahli Umno-BN yang kecewa menyanggahi roh Politik Baru

Politik Baru menolak sebarang kepentingan peribadi walau apapun alasannya - lebih-lebih lagi jika empunya diri mendabik dada tentang keupayaannya.

Saudara Manikumar telah dipilih kerana sebab-sebab yang meyakinkan bahawa beliau boleh menganjakkan diri dari politik lama yang merosakkan. Kesederhanaan yang dicari ada pada Manikumar.
Berbagai aspek telah diteliti dan keputusan memilih Manikumar bukanlah semata-mata dari Anwar Ibrahim tetapi telah mengambil pandangan berbagai pihak - Pimpinan Tertinggi, Pimpinan Negeri, dan Bahagian serta rakyat yang prihatin.

Para aktivis bertanggungjawab untuk menerima dengan lapang dada semua keputusan walaupun tidak sekufu dengan citarasa masing-masing, kecuali memang benar dengan bukti bahawa pucuk pimpinan KEADILAN telah bersikap lekeh dan memaksa keputusan sendiri ke atas parti dan ahli-ahlinya.

Beredarnya Kalaivanar boleh dilihat sebagai pembersihan berterusan dalam parti daripada anasir-anasir yang boleh merencatkan pencapaian Politik Baru yang menjadi landasan dan teras perjuangan KEADILAN.

Adalah biasa sebarang pembaharuan akan ditolak dengan serta-merta oleh sebahgaian manusia yang mempunyai agenda dan kepetingan diri. Tetapi lama-kelamaan, dengan perjuangan yang istiqamah, berterusan, telus dan tulus, Politik Baru akan menjadi realiti untuk dikecapi semua, khususnya oleh rakyat jelata.

Budaya perbincangan, musyawarah dan syura wajar menjadi darah daging ahli-ahli politik dalam rangka mereka membuat keputusan-keputusan penting dan utama.
Dan ahli serta pendokong KEADILAN akan sentiasa menjadi penasihat dan pemberi ingatan kepada pemimpin. Begitu juga harapan ke atas rakyat yang berperanan menjadi penasihat kepada pemimpin. Budaya sedemikian akan menjamin kesejahteraan negara dan rakyat sendiri.

———————————————————————————————–

PKR’s Kalai quits over by-election snub
S Pathmawathy | Mar 30, 09 12:05pm
With just eight days to go for the Bukit Selambau by-election in Kedah, PKR has been dealt a blow with the resignation of its Jerai division chief B Kalaivanar with some 500 supporters today.
MCPX

bukit selambau by election b kalaivanar quits pkr pc 300309 04The influential local leader relinquished all his party posts due to a disagreement with PKR supremo Anwar Ibrahim and his unhappiness with the Pakatan Rakyat state government.

Kalaivanar is also peeved that Anwar had overlooked him as candidate for the state seat, saying that the opposition leader had forgotten all that the former did for the party.

“I am very unhappy with Anwar and PKR. The party has not done anything for the Indian community,” he told a press conference at a golf club in Sungai Petani.

“With the greatest regret, I would like to inform the media here that I am leaving the party and resigning from my position as division leader.

“I am also abolishing the committee for the progress of the Indian community which was formed by the division,” he added.

Kalaivanar said about 100 members in the division as well as 359 members of the committee had also resigned from the party.

Amongst those who followed Kalaivanar in resigning are PKR’s state deputy Wanita chief and Sungai Petani councillor K Deivanai and Yan councillor S Poobalan as well as five village heads.

The real Pharaoh

Kalaivanar, who has been active in politics since the age of 19, said Pakatan’s idea of forming an united ‘Bangsa Malaysia’ was simply a ’sweet word and fake promise’ to garner votes.

zaid ibrahim book launch nik aziz anwar ibrahim pc 230309 03“When Dr Mahathir (Mohamad) was prime minister, we used to say he was the Pharaoh but now when we look closely at Anwar, people would realise that he is the Pharoah and dictator.

“They (PKR) have become ungrateful… Anwar does not have an ounce of respect for those who have fought for this party,” he added.

Moreover, he said Pakatan had “deceived and used the people especially the Indian community like curry leaves but did nothing beneficial for them.”

“Pakatan always condemns BN and Umno but what have they done for the Indian community? There is not one Indian senator in the states administered by them,” he added.

bukit selambau by election b kalaivanar quits pkr pc 300309 01On the same note, Kalaivanar denied that he and his supporters would join BN. But at the same time, hinted that they would not campaign for PKR candidate S Manikumar or any of the 13 independent candidates. This leaves only BN candidate S Ganesan.

Although he kept repeating that he had no comments about Manikumar, Kalaivanar however said: “The first guy (referring to former rep V Arumugam) was a coward and ran away without doing anything for the people… now they have picked a soft character, so that they could manipulate him.”

Greets Muhyiddin

The 45-year-old politician also urged Anwar to refrain from using gimmicks to lure Indian votes like calling himself ‘Sivaji the Boss’ - a blockbuster Tamil movie about a man who battles against corruption.

Kalaivanar also said he was ’sick’ of Anwar’s tactics in using terms like ‘makkal sakthi’ (people’s power) during rallies.

His resignation letter had been sent to PKR president and Anwar’s wife Dr Wan Azizah Wan Ismail as well as the secretary-general. The Registrar of Societies had also been notified about the dissolution of the committee of Indian affairs.

kalaivanar meet muhyiddin yassin in bukit selambau 300309Kalaivanar’s resignation was widely anticipated when the party picked the inexperienced Manikumar for the polls.

Kalaivanar had previously claimed that he stood a good chance of winning the seat as since he has strong grassroots support, especially among the Indian community.

He stood as a candidate for the Gurun state seat in the last general election but lost.

After the press conference, Kalaivanar approached newly minted Umno deputy president Muhyiddin Yassin who was having lunch at the same venue and shook his hand. Siva: It’s a normal reaction

Meanwhile PKR vice president R Sivarasa in an immediate response said Kalaivanar’s resignation was a normal reaction by any leader disgruntled who had not been selected to contest.

pakatan cij parliament pc 131108 sivarasaSpeaking to Malaysiakini, Sivarasa said he did not believe that Kalaivanar’s resignation would affect the Bukit Selambau by-election outcome.

“Voters are sophisticated nowadays. They know what in this case, it is nothing more than Kalainavar being disgruntled over not getting picked as the candidate to contest.

“Kalaivanar is only saying all this after he has been denied from contesting. He would have had more credibility should he had say all these things before knowing his wish to contest had been turned down,” he said.

He added that it was important for party members to stick with the party for “its beliefs and principles and not only to get seats.”

Anwar tak faham larangan KDN - malaysiakini

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak faham dengan arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang melarangkan dibangkitkan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan keputusan Sultan Perak, dalam kempen tiga pilihanraya kecil sekarang.

bukit selambau by election anwar ibrahim ceramah 010409 04"Saya tidak faham kenapa Menteri Dalam Negeri, (Datuk Seri Syed Hamid Albar) tidak membenarkan (kita) bercakap tentang (isu pembunuhan) Altantuuya.

"(Arahan) Itu janggal. Tidak pernah ada larangan (seperti itu) dalam sejarah pilihanraya. Kalau subjudis, bawa ke mahkamah. Kalau rasa terganggu, Najib boleh saman," kata Anwar kepada pemberita dalam satu sidang media malam tadi.

Larangan tersebut dikeluarkan secara mengejut semalam kepada parti-parti bertanding di tiga kawasan pilihanraya kecil oleh menteri berkenaan, setelah masuk hari ketiga berkempen di Parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.

Kematian tragis wanita muda Mongolia itu sering dikaitkan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kes kenalan akrabnya Abdul Razak Abdullah Baginda.

Dalam sidang media itu, Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh, turut menjelaskan bahawa bekas wakil rakyat Bukit Selambau, V. Arumugam menghubunginya beberapa hari lalu untuk memohon izinnya untuk pulang berkempen.

bukit selambau by election anwar ibrahim ceramah 010409 05Bagaimanapun, Anwar berkata, beliau bercakap dengan bekas exco Kedah itu secara peribadi dan menasihatkan beliau tidak turut serta berkempen.

Perjelas pemilihan Manikumar


Ini kerana, kata Anwar, beliau tidak dapat memastikan keselamatan bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau itu.

Kata Anwar, Arumugam sekarang masih berada di luar negara, tetapi tidak menjelaskan di mana Arumugam berada.

Arumugam, meletakkan jawatan ADUN dan exco Kedah setelah mendakwa menerima ugutan yang mengancam diri dan keluarganya, awal Februari lalu.

Ditanya sama ada calon PKR, S Manikumar mempunyai kaitan dengan bekas wakil rakyat Bukit Selambau itu, Anwar menafikan perkara tersebut.

Manikumar yang turut berada di sebelah Anwar, turut menafikan beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Arumugam.

"Mungkin ada kerana daripada cucu Nabi Adam," sampuk Anwar berseloroh.

Sementara itu, dalam ceramah, Anwar turut menperjelaskan isu pemilihan Manikumar yang menjadi rungutan oleh ahli-ahli PKR.

ADUN untuk semua


bukit selambau by election anwar ibrahim ceramah 010409 02Anwar mengakui bahawa Manikumar "tidak mempunyai banyak pengalaman dalam parti", sebalik pemilihannya antaranya "berdasarkan kepada komited" beliau terhadap parti.

"Beliau adalah anak muda, cerdik dan kuat daya tahannya. Beliau ada kelayakan, berani dan sederhana.

"Dia akan menang, Insyallah, tapi bukan untuk orang India sahaja, tetapi untuk orang Melayu, Cina dan India," katanya kepada hadirin yang hadir.

Anwar yang berkemeja putih dan berseluar hitam dan baru sahaja tiba dari Bangkok, menyampaikan ceramah di hadapan lebih 1,000 orang di Taman Kelisa Ria, Sungai Petani, malam tadi.

Tambahnya, pemilihan Manikumar sebagai calon, turut mendapat persetujuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Anwar berkata, sekiranya Manikumar menang dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau pada 7 April ini, beliau akan dilantik untuk menjadi exco Kedah bagi menggantikan tempat Arumugam.

Larangan menteri


Turut berucap ialah Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution, yang turut membantah keputusan Syed Hamid Albar melarang dibangkitkan isu pembunuhan Altantuuya dan keputusan kontroversi Sultan Perak.

bukit selambau by election anwar ibrahim ceramah 010409 01Beliau mendakwa, larangan itu bertujuan untuk melindungi Najib, yang baru sahaja dipilih menjadi presiden Umno, Sabtu lalu.

"Isu Altantuuya tak boleh cakap. Keputusan Sultan Perak tak boleh pertikai.

"Kita ada hujah nak balas tapi tak boleh cakap. Kita nak cakap tapi tak boleh.

"Jadi siapa yang takut, siapa yang bimbang? (Datuk Seri) Anwar atau (Datuk Seri) Najib? (Datuk Seri) Abdul Hadi atau Najib? Datuk Nik Abdul Aziz atau Najib?" soal Saifuddin yang juga ahli Parlimen Machang kepada hadirin.

Lantas, hadirin yang hadir menjawab dengan berkata," Najib" beramai-ramai.

 
PKR-Puchong - © 2007 Template feito por Templates para Você