REALITI UMNO

Jumaat, 3 April 2009

N29 Batang Ai: Tanpa ceramah Anwar tidak patah semangat pengundi

LUBOK ANTU, 3 April (SK): Walaupun Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim tidak dapat berucap di staium Sukan Batang ai seperti yang di rangcangkan namun kehadiran beliau telah mematahkan tohmahan Barisan Nasional bahawa Pakatan Rakyat tidak mementingkan kemenangan di Dun N29 Batang Ai ini.

Dalam suasana kepayahan pengangkutan di kawasan Batang Ai, tetapi tidak mematahkan semangat pengundi yang datang untuk memberi sokongan padu kepada Anwar walaupun kahadiran beliau terpaksa disingkatkan akibat dari tidak dibenarkan berceramah di sini.

Kira-kira 400 penyokong berhimpun di Kampung Kutai untuk mendegan ceramah beliau dan memberi semangat dan perangsang untuk mengingati mereka tentang beberapa perkara penyalahgunaan kuasa BN di Batang Ai. Mereka juga mahu mendengar dari anwar sendiri apakah perubahan yang bakal mereka kecapi setelah kemenangan KeADILan di kawasan ini.

Antara isu-isu yang dibangkitkan Anwar semasa lawatan beliau adalah:-

Pertama: Dimanakah aktiviti perdagangan dan ekonomi BN yang dijanjikan pada tahun 1983 kepada rakyat Batang Ai apabila mereka mahu membina dam hidro-letrik di sini?

Kedua: Dimanakah perubahan dan kualiti kehidupan dalam bentuk infrastruktur dan kemudahan awam yang dijanjikan selama ini? Hampir kesemua rumah panjang masih lagi tidak dibekalkan dengan talian letrik dan air bersih.

Ketiga: Dimanakah hak warisan tanah adad seperti dijanjikan dan tanah pemindahan apabila kepadatan penduduk sidah kian bertamabah? dan

Keempat: Apa telah terjadi kepada jawatankuasa pelaburan yang sepatutnya memantau dan memastikan keamanan dan kesejahteraan penduduk di Lubok antu ini?

BN dilihat sebagai pandai menabur janji tapi tidak dapat mengotakanya.

Kejayaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor telah menjadi kayu pengukur kepada pengundi Batang Ai yang mahu mendapat khairat kematian sebanyak RM2,500 yang tidak pernanah dirasai dan membandingkan segala kekayaan negeri Sarawak telah dirampas Kerajaan Pusat BN.

Sementara itu, pihak polis kelihatan merond di seluruh Lubok Antu sehingga merimaskan penduduk di kawasan ini.

“Mengapa pihak polis tidak membenarkan Anwar berceramah di Stadium Sukan di Batang Ai, sedangkan kami semua adalah pembayar cukai. Sebenarnya BN takut bila orang ramai bertumpu kepada ceramah Anwar di sini,” jelas

Mengapa BN amat takut kepada bayang-bayang KeADILan jika mereka telah memajukan Sarawak dengan jayanya? Kenapa seramai 800 anggota polis datang bertugas di kawasan Lubok Antu dan apakah tugas mereka sebenarnya?

Pilhak polis dilihat seolah-olah diperalatkan oleh BN dimana tugas mereka adalah untuk memastikan untuk menjaga kepentingan BN.

Adakan ini yang dikatakan perubahan yang akan dibawa oleh Ketua Polis Negara Musa Hassan semasa berucap sempena Hari Piolis baru-baru ini?

Isu rampasan tanah adat: Mussen dihantui perbuatan bapanya

LUBOK ANTU, 2 April (SK): Pengundi N 29 Batang Ai telah mencemuh Malcolm Mussen sebagai tidak berhati perut dan perompak tanah kerana mendakwa bahawa bapa beliau iaitu Penghulung Lamoh telah menjual tanah adat penduduk kepada kroni Barisan Nasional.

“Kami tidak akan melupakan peristiwa tanah kami si ceroboh dan dijual, bapa borek anak rintik,” kata seorang wanita yang lantang bersuara semasa Mussen berucap selepas keluar dari perkarangan pusat penamaan calon di stadium Batang Ai baru-baru ini.

“Mussen sila ingat kembali apa yang telah dilakukan oleh bapa kamu terhadap kami, ini adalah hari untuk membalas dendam, masa tidak dapat mengubat luka kami,” jerit wanita berkenaan.

Kedengan teriakan “JA -Boooooooo”, diikuti dengan jeritan “Perompak Tanah” diteruskan dengan “Tidak kepada BN tidak kepada Mussen - kedua-duannya perompak tanah!”

“Kami minta maaf Mussen, penduduk Batang Ai tidak akan membenarkan anak-anak Penghulu Lamoh menjadi pemimpin kami dan mengambil tanah adat keturunan kami lagi,”

Itu adalah antara jeritan dari seorang wanita Iban yang berani secara terang-terangan mencemuh Mussen di khayalak ramai.

Menurut orang-orang di kawasan ini masih mengingati peristiwa yang pernah terjadi semasa Penghulu Lamoh telah merampas dan menjual tanah adat orang-orang Iban dan mendapat habuan yang lumayan.

Pengundi Batang Ai itu berkata, Mussen akan dihantui oleh perbuatan bapa beliau tidak akan terlepas dari perbuatan khianat itu dan selalu diingatkan apabila beliau berucap di khalayak ramai.

“Kesimpulannya, harus diingat bahawa setiap perbuatan jahat itu akan diingati oleh penduduk Batang Ai dan perbuatan sedemikian terus menghantui anak cucu Penghulu Lamoh,” jelas mereka.

Sementara itu, di khemah KeADILan berhampiran Stadium berkenan kelihatan bising dan penuh dengan semangat berjuang untuk kemenangan parti berkenaan.

Khamis, 2 April 2009

1,300,000 hektar tanah untuk KRONI

Adakah ini antara KRONI UMNO agar mereka, PERKEMBAR masih bertahan hingga kini?

Jangan biarkan Umno terus menjahanamkan orang Melayu dan menggadaikan tanah air kita.Ini fakta menunjukkan Umno adalah penjahanam tanah orang Melayu.


22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!

• Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

9000 hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

• Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

• Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.

• Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
Kempen katakan taknak pada bijaN

• 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.

• Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.

• Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

• Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

• Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3,000,000 hektar pada tahun 1957 kepada 1,700,000 hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu “di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”.

Anda bijak kalau tidak mengundi Umno/BN.Undilah calon Pakatan Rakyat : Dato Seri Ir Mohammad Nizar bin Jamaluddin.
di goreng dr: al-husseyn
baginda says: Kepada ahli-ahli pembakang di lima buah negeri (selangor,perak,kedah,penang,kelantan) tidak kah anda mahu mempersoalkan fakta ini? atau anda sebenarnye mahu menutup mata dan mengatakan "aku bukan melayu itu bukan tanah aku""aku mamak" "apa aku nak kesahkan"?
UNTUK UMNO- paku dulang paku serpih mengata orang hangpa yang lebih... hapir 1,300,000 hektar tanah bagi kat syarikat-syarikat besar dan kroni! diorang bagi ape kat hangpa lak?

 
PKR-Puchong - © 2007 Template feito por Templates para Você