REALITI UMNO

Rabu, 29 Julai 2009

DURIAN UNTUK DIJUAL

Tak pernah berlaku sebelum ni .. Orang kata, "Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari."
Kalau dulu ..... tak dapat A, boleh dapat B. Tak dapat B, ada pilihan C. Sekarang di Selangor lain .. tak macam dulu.

Gara gara di gantung ...
Hari ni YB terpaksa jual durian.<<< KLIK SINI

Dalam hati mungkin berkata .. "Ahhhhh ... kalau lah UMNO jadi kerajaan, tentu tak macam ni"
Tapi takkan tak der tabungan langsung kot? huhuhu ....

SUMBER - WARTAMAYA

Selasa, 28 Julai 2009

Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos

Pada 1 Ogos 2009 Sekretariat Himpunan MANSUH ISA menganjur satu himpunan besar-besaran. Perhimpunan ini adalah untuk menyatakan sikap rakyat Malaysia terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Protes rakyat menentang akta ganas dan zalim sudah sekian lama dan sentiasa berterusan.

Penggunaan ISA adalah sesuatu pencemaran keadilan undang-undang dan keluruhan perlembagaan Malaysia. Akta ISA ini adalah tiket jahat untuk kerajaan Umno/BN memastikan mereka terus berkuasa. Kerajaan Umno/BN boleh menangkap sesiapa sahaja secara sesuka hati, kerajaan Umno/BN boleh menahan seseorang tanpa waran, tanpa bicara dan tanpa hak peguam. ISA juga membenarkan kuasa yang luas, arbitrari dan tidak boleh dicabar mahkamah menyebabkan berlakunya pelbagai penyeksaan dan deraan fizikal juga mental.

Parti Keadilan Rakyat sangat menghormati prinsip keadilan sebagai hak asasi manusia. Parti Keadilan Rakyat menjunjung tinggi nilai kemanusiaan sejagat. Oleh itu,Parti Keadilan Rakyat menyokong penuh perhimpunan rakyat yang akan dianjurkan untuk menyatakan penentangan terhadap ISA yang jelas zalim dan sering kali disalahgunakan oleh kerajaan Umno / BN.

Pada 1 Ogos 2009 Parti Keadilan Rakyat akan bersama-sama rakyat menyertai Himpunan MANSUH ISA. Semua pimpinan tertinggi, anggota Parti akan hadir bersama Ketua Umum Parti, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyertai perhimpunan aman menyatakan sokongan kepada pihak penganjur dan menyatakan pendirian Parti yang menentang undang-undang zalim.


DATO' SALEHUDDIN HASHIM
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

Audit dalaman perbelanjaan peruntukan ADUN S'gor


Kerajaan negeri Selangor telah mengarahkan satu audit dalaman dijalankan berhubung pembelanjaan peruntukan untuk ahli Dewan Negeri Selangor (ADUN).

"Audit dalaman ini dilakukan bagi memastikan pembelanjaan wang peruntukan untuk ADUN mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Ini adalah satu cara bagi memberi jaminan kepada rakyat bahawa akaun dan pembelanjaan dana kerajaan negeri adalah sentiasa dipantau," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, audit dalaman itu akan dijalankan secepat mungkin, bermula dengan daerah Petaling.

Satu laporan lengkap akan dibentangkan oleh unit audit dalaman kerajaan negeri dalam masa sebulan, katanya.

Menurut Abdul Khalid lagi, laporan ini kemudiannya akan diumumkan kepada awam.

Sementara itu, menteri besar berkata, kerajaan negeri telah melantik peguam Malik Imtiaz Sarwar (kiri) bagi mewakili negeri Selangor dalam prosiding inkues kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Malik yang dikenali sebagai peguam memperjuangkan hak asasi manusia, juga akan mewakili negeri Selangor dalam siasatan suruhanjaya diraja yang ditubuhkan untuk mengkaji peraturan soal siasat SPRM.

Siasatan itu bagi menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap mendiang.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri tekad untuk memastikan hak-hak mendiang Teoh dan keluarganya serta pegawai kerajaan negeri yang akan memberi keterangan dikedua-dua prosiding itu, terbela.

Pemuda Pakatan tubuh majlis muafakat



Pemuda Pakatan Rakyat menubuhkan Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat - dengan singkatan MAMPAT - bagi menguatkan lagi hubungan kerjasama politik antara PAS, PKR dan DAP.

Menurut satu kenyataan bersama, penubuhan MAMPAT juga untuk memberi kekuatan kepada Pemuda Pakatan merencana gerak kerja bersama pada setiap masa.

Kenyataan tersebut ditandatangi oleh pemimpin tiga sayap Pemuda Pakatan - Nasrudin Hassan (PAS), Shamsul Iskandar Mat Akin (AMK) dan Loke Siew Fook (DAPSY).

Mesyuarat pertama MAMPAT semalam, bersetuju anggota majlis tersebut yang terdiri daripada ketua, setiausaha dan tiga pemimpin tertinggi ketiga-tiga sayap itu, akan mengadakan mesyuarat bulanan secara tetap.

"Penubuhan majlis tersebut akan dapat membantu Pemuda Pakatan Rakyat menyelesaikan dengan lebih cepat, sebarang isu berbangkit yang melibatkan hubungan parti-parti dalam Pakatan," kata kenyataan itu lagi.

Menurut kenyataan itu lagi, MAMPAT juga menyokong penuh Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos ini.

Oleh itu, katanya, seluruh pemimpin dan ahli Pemuda Pakatan Rakyat akan menghadiri perhimpunan tersebut.

"MAMPAT percaya, himpunan tersebut akan berlangsung secara aman, sepertimana yang dirancangkan dan meminta kerjasama pihak polis untuk membantu mengawal keselamatan semua pihak," tegas kenyataan itu lagi.

Isnin, 27 Julai 2009

'Konspirasi jatuhkan k'jaan Pakatan S'gor' - Malaysiakini

Kumpulan ADUN Pakatan Rakyat Selangor menyifatkan kematian Teoh Beng Hock sebahagian episod konspirasi yang dirancang BN bagi merampas kuasa di negeri itu, seperti yang berlaku di Perak.

Naib Pengerui Kelab Penyokong Kerajaan Negeri, Ng Suee Lin berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi Umno negeri akan sentiasa berusaha merampas kerajaan negeri itu seperti pernah diusahakannya sejak tahun lepas.

Dalam sidang akhbar bersama ADUN tiga parti berkenaan petang ini, Ng mendakwa, konspirasi BN bermula dengan penangkapan exco Selangor, Teresa Kok yang juga ADUN Kinrara dan ahli parlimen Seputeh bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) September tahun lalu.

Tangkapan itu didakwa berhubung isu penggunaan pembesar suara bagi kegunaan azan di sebuah masjid di Bandar Kinrara, Puchong.

Manakala episod kedua pula, dakwanya, membabitkan kes seorang lagi exco Selangor, Ronnie Liu didakwa menghalang tugas anggota penguatkuasa di sebuah hotel di Puchong.

Ronnie, juga ADUN Pandamaran, dihadapkan ke mahkamah pada 17 November tahun lalu atas tuduhan bersubahat menghalang tugas pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) daripada menutup sebuah hotel tahun lalu.

Episod ketiga pula, kata Ng lagi, apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa menggunakan kereta sendiri sebagai kenderaan rasmi serta isu agihan lembu korban di kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak, awal tahun ini.

Ng, yang juga ADUN Sekincan, terus mendakwa bahawa episod seterusnya ialah perbuatan menyebarkan gambar bogel seorang lagi exco negeri, Elizabeth Wong pada Februari lalu.

Rabu, 8 Julai 2009

PENAMAAN CALON DUN MANEK URAI

Rabu, 1 Julai 2009

Cerita Harussani Di Sebalik Peristiwa - Perisik Rakyat



Tajuk di atas dipetik dari artikel majalah Milenia Muslim (MM) Bil. 82 keluaran bulan Mei lepas. Ia merupakan tajuk Fokus keluaran berkenaan yang ditulis oleh editor majalah berkenaan, Zulkafly Baharuddin, hasil temubual beliau dengan Dato' Seri (kini Tan Sri) Harussani Zakaria (TSHZ). Di antara lain, kandungan artikel tersebut dipetik:

* "Sekembalinya ke Ipoh, Dato' Seri Harussani menemui Ustaz Ahmad Awang. Ustaz Ahmad berkata beliau tidak akan mahu bekerjasama dengan mereka yang zalim. Bagaimana beliau boleh menganggap sedemikian walhal mereka yang beliau tuduh zalim itu adalah orang Melayu beragama Islam tetapi Ustaz Ahmad lebih bekerjasama dengan orang kafir.

* Hasil dari keengganan Ustaz Ahmad adalah senario politik di Perak hari ini. Ikuti luahan pandangan beliau, terhadap beberapa peristiwa yang berlaku di Perak hari ini ..."

Saya tidak berhajat dalam posting ini menjawab pelbagai isu yang dibangkitkan oleh TSHZ dalam majalah berkenaan kerana jawapan saya mengenainya akan disiarkan oleh majalah MM dalam keluaran Ogos akan datang seperti yang dijanjikan penerbitnya. Memang saya tidak berpuashati atas kelewatan menyiarkannya, walhal Datuk Hj Mohamad Nakhaie Hj Ahmad, penaung majalah berkenaan bersetuju temubual dengan saya itu akan disiarkan dalam keluaran Jun atau Julai. Tunggulah jawapan dan pandangan saya mengenai luahan TSHZ nanti.

Apa yang saya nak tulis di sini adalah mengenai cerita Harussani di sebalik peristiwa masa lalu di antara saya dengan beliau. Di sini suka saya nyatakan di antara saya dan TSHZ tidak ada sebarang masalah peribadi. Hubungan baik kami tidak pernah terganggu dengan perbezaan pendapat dan fahaman politik. Saya sejak dari kolej sudah menjadi pendokong PAS walaupun saya belum menjadi ahli. Kami sering berbeza pendapat mengenai isu-isu semasa samada berkaitan politik, hukum-hakam, undang-undang dan sebagainya. Tetapi adakalanya pula kami sependapat dan sependirian dalam isu-isu seperti gejala murtad, gejala sosial dan keruntuhan akhlak, isu kumpulan anti-hadith, isu pendidikan Islam dan sebagainya.

Latarbelakang Peribadi

Mengenai latarbelakang peribadi, kami kebetulan sama-sama berasal dari daerah Kerian, Perak. Saya dilahirkan di Simpang Ampat Semanggol, manakala TSHZ berasal dari Jalan Baru, Parit Buntar. Perbezaan usia kami juga tidak jauh, umur saya 73 manakala Harussani 70. Seperti kebanyakan penduduk Kerian, kami berasal dari rumpun keturunan Banjar (Al-Banjari). Dalam kad pengenalan sebelum merdeka dahulu tertulis di dalam bahasa Inggeris "Malay Banjarese". Dahulunya keturunan Banjar sangat kuat berpegang kepada agama dan ramai yang menjadi ulama'.

Kami mula berkenalan semasa sama-sama menuntut di Kolej Islam Malaya Klang, Selangor. TSHZ adalah penuntut junior saya, kerana beliau memasuki kolej pada 1960 manakala saya sudah berada di tahun akhir dan menamatkan pengajian pada tahun akademik 1961. Setelah tamat pengajian di Universiti Al-Azhar Kaherah, saya balik ke tanah air bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Aminuddin Baki Kuala Lumpur. Ketika itu saya mendapat tahu TSHZ baru saja berpindah ke Pulau Pinang menjawat jawatan Kadhi Besar negeri itu. Sebelum itu beliau bertugas di Bukit Aman dengan PDRM (jawatan beliau saya tidak tahu).

Semasa beliau menjadi Kadhi Besar Pulau Pinang (1966-1984?), beliau aktif berceramah dakwah di Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak. Seingat saya, ketika itu kami belum berbeza pendapat secara yang ketara mengenai isu-isu semasa. Saya masih ingat beliau pernah berkata: "Kita berdua ni sama dianggap sebagai pembangkang kerana pendapat kita yang tegas mengenai isu-isu umat Islam." Waktu itu saya duduk dalam kereta yang beliau memandunya untuk kami pergi ke satu tempat di Pulau Pinang. Saya ketika itu bertugas sebagai Pengarah Dakwah dan Latihan Islam, Bahagian Agama JPM (kini JAKIM).

Berbeza Pendapat

Sebaik sahaja beliau dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negeri Perak, mula kelihatan pandangan dan pendirian TSHZ berubah dan berbeza pendapat dengan saya. Antaranya, ikuti beberapa peristiwa seperti berikut:

* Peristiwa 1 : Ketika berlangsung upacara istiadat pertabalan DYMM Sultan Perak, Sultan Muhibbuddin Azlan Shah Ibnu Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah (25 tahun yang lalu), saya menghubungi beliau yang baru menjawat jawatan mufti ketika itu meminta beliau menasihati pihak istana supaya tidak melakukan upacara-upacara yang boleh menjejaskan aqidah.

* Malah saya mencadangkan supaya majlis fatwa mengkaji dan membincangkan istiadat-istiadat yang bercanggah dengan aqidah itu dihapuskan. Beliau menolak cadangan saya sambil mengatakan beliau telah berjaya membatalkan beberapa upacara dalam istiadat tersebut, walhal sebelum itu beliau mempunyai pendirian yang tegas dalam hal-hal seperti ini.

* Peristiwa 2 : Pada suatu hari, saya menelefon TSHZ dari pejabat saya di bangunan Pusat Islam di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Perkara yang saya bangkitkan ialah tindakan polis menangkap imam dan bilal sebuah masjid di Perak dalam daerah Larut. Tindakan polis itu dibuat kerana kedua-dua pegawai masjid berkenaan dikatakan tidak mempunyai tauliah. Tetapi mereka ditangkap di bawah Akta Kesalahan Agama di bawah undang-undang sivil.

* Saya minta beliau menasihati pihak polis supaya tidak melakukan tindakan tersebut kerana kes berkenaan adalah di bawah bidangkuasa (jurisdiction) Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri. Akan tetapi beliau tidak melayani pandangan saya itu.

* Kedua-dua orang pegawai masjid itu kemudiannya dibicarakan di bawah Akta berkenaan dan dijatuhkan hukuman penjara. Saya di antara orang yang sangat kuat menentang Akta tersebut yang kemudiannya beberapa tahun setelah dilaksanakan, Akta tersebut terbatal dengan sendirinya kerana sebuah Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memutuskan penghakiman bahawa ianya ultra vires dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai agama Islam.

* Peristiwa 3 : Tragedi Berdarah Memali 1985. Dalam mesyuarat khas Majlis Fatwa Kebangsaan, di mana TSHZ merupakan seorang anggota yang sangat aktif memberi pendapat bahawa mangsa Tragedi Memali, khususnya Asy-Syahid Allahyarham Ibrahim Mahmud (yang lebih dikenal dengan Ibrahim Libya) adalah merupakan kumpulan bughah (penderhaka) dan mereka tidak dianggap mati syahid. Maka wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumi.

* Anehnya sebahagian besar mufti-mufti dalam mesyuarat itu mencadangkan supaya nama mereka yang mati korban tragedi itu tidak perlu disebut dengan lafaz Allahyarham dengan alasan mereka itu penderhaka. Padahal, apabila mereka itu disembahyangkan, maka doa yang menjadi rukun solat jenazah itu adalah memohonkan rahmat dan keampunan kepada mereka yang disembahyangkan.

* Saya turut hadir dalam mesyuarat tersebut dan memberi hujah mengapa Allahyarham dan kumpulannya adalah mati syahid. Akibatnya saya diusir keluar dari mesyuarat tersebut.

* Peristiwa 4 : Suatu hari kami berdua menjadi panel forum anjuran Jam'iyah Dakwah Islamiyyah Perak. Ketika itu saya adalah YDP Jam'iyah Dakwah Islamiyyah Selangor dan Wilayah Persekutuan. Saya kurang pasti samada TSHZ ketika itu menjadi YDP Jam'iyah Dakwah Perak. Dalam forum yang diadakan di dewan Jam'iyah Perak di Jalan Seruan, Ipoh, saya berbeza pendapat dengan beliau mengenai beberapa isu semasa, terutama mengenai peraturan yang menyekat kebebasan dakwah di masjid-masjid atau surau-surau.

* Saya menegaskan bahawa undang-undang bersabit dengan tauliah mengajar/berdakwah tidak semestinya dikenakan ke atas pendakwah yang sudah dikenali mempunyai ilmu Islam dan beramal dengannya, kerana undang-undang itu diwujudkan hanya untuk mengawal supaya ajaran yang bathil dan sesat tidak disebarkan kepada orang Islam. Beliau tidak bersetuju dengan pendapat saya dengan memberi alasan bahawa jika tidak dikawal dengan undang-undang tauliah, maka masyarakat akan berpecah-belah akibat fahaman politik dibawa ke masjid-masjid.

* Pendapat beliau, fahaman politik hendaklah di"sangkut" di pagar masjid dan jangan dibawa ke dalam masjid. Saya pula berhujah bahawa politik tidak boleh dipisahkan dalam dakwah, yang boleh dielakkan hanyalah politik kepartaian tidak terbawa-bawa dalam berdakwah di masjid/surau. Akhirnya, TSHZ sendiri dilarang berdakwah/berceramah di masjid atau surau di Lembah Klang dua tahun yang lalu apabila beliau sering membangkitkan isu murtad dan mendakwa ratusan ribu orang Islam telah masuk Kristian atau Hindu.

* Peristiwa 5 : Yang terkini apabila beberapa orang pemimpin DAP Perak seperti Nga Kor Meng dan PKR Perak seperti Chan Ming Kai sering memetik keterangan-keterangan dalam Al-Quran dalam ceramah-ceramah politik mereka, timbullah isu hukum membaca Al-Quran oleh non-muslim. Tiba-tiba Mufti Perak mengeluarkan pendapat beliau (bukan fatwa) bahawa orang bukan Islam "haram"/tidak boleh membaca Al-Quran.

* Saya pula berpendapat sebaliknya dengan bersandarkan beberapa hujah termasuk bukti surat Rasulullah saw yang dihantar kepada Maharaja Hercules, Raja Rom Benzantina. Dalam surat tersebut, Rasulullah saw menuliskan ayat 64, surah Ali-Imran, yang sudah pasti ayat itu akan dibaca oleh Hercules. Sekiranya orang bukan Islam tidak dibenar membaca ayat Al-Quran, maka Rasulullah saw tidak akan menuliskannya dalam surat Baginda itu. Banyak lagi hujah saya yang boleh diikuti dalam majalah Al-Islam keluaran Bil. 426 Jun 2009.

Demikianlah di antara cerita di sebalik peristiwa Harussani dengan saya. Ada lagi beberapa contoh peristiwa perbezaan pendapat di antara kami berdua, namun perkara yang paling penting membezakan Ahmad Awang dan Harussani ialah pegangan dan fahaman politik kami masing-masing.

Saya tidak pernah menyembunyikan pegangan politik Islam saya semenjak belum menjadi ahli PAS lagi.Semasa saya memegang jawatan Pegawai Kerajaan tidak pernah saya menyembunyikan pegangan saya. Manakala Harussani berpegang kepada fahaman politik Melayunya. Saya katakan politik Melayu bukan politik Islam. Walaupun beliau sering membangkitkan isu Islam, tetapi dasarnya adalah Melayu yang menjadi dasar perjuangan UMNO.

Contoh paling jelas apabila beliau yang mendakwa tidak berpolitik atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik, tapi begitu bersungguh-sungguh mengajak PAS bergabung dengan UMNO menubuhkan kerajaan Melayu di Perak sebaik sahaja UMNO/BN gagal membentuk kerajaan selepas keputusan PRU Ke-12 diumumkan sepenuhnya menjelang jam 12 malam 8 Mac 2008.

Atas arahan Dato' Seri DiRaja Tajol Rosli, Ketua Perhubungan UMNO Perak (waktu itu), beliau bersusah payah pada malam itu ketika hujan lebat bertolak dengan kereta ke Kota Bharu menemui Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz dan pada esok paginya pula menghubungi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi untuk tujuan mendapat persetujuan mereka. Tapi kedua-duanya menolak dengan mudah dan memberikan alasan tertentu.

Sekembalinya Harussani ke Ipoh, beliau menghubungi saya melalui telefon (bukan berjumpa seperti yang ditulis dalam artikel majalah MM berkenaan). Saya menolak tawaran UMNO yang dibawa oleh Harussani dengan memberikan alasan dan hujah yang beliau tidak dapat menyanggahnya. Ikutilah penjelasan saya dalam majalah Milenia Muslim keluaran Ogos akan datang seperti yang dijanjikan penerbitnya.

Dari cerita di sebalik peristiwa yang tersebut di atas, jelaslah bahawa Tan Sri/Dato' Seri Hj Harussani Zakaria adalah seorang mufti yang berpolitik dan parti yang didokongnya ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenal dalam bahasa Inggerisnya dengan United Malay National Organisation (UMNO).

Sumber - Ustaz Ahmad Awang

 
PKR-Puchong - © 2007 Template feito por Templates para Você