REALITI UMNO

Rabu, 25 Mac 2009

Perarakan keris Pemuda Umno terakhir

Perarakan membawa keris Panca Warisan - yang mencetuskan reaksi negatif pelbagai pihak - tidak diadakan lagi oleh Pemuda Umno dalam perhimpunan agung pergerakan itu akan datang.

Ketua pergerakan itu Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata perarakan keris tersebut pada hari ini adalah yang terakhir.

"Itu merupakan adat. Sekarang ini keris (tersebut) diserahkan kepada saya, saya nak bawa bersama-sama saya kepada parti induk.

"Saya harap isu keris ini akan ditutup," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan dasarnya di perhimpunan agung Pemuda pagi ini.

umno agm 250309 hishammuddin wield keris 02Ditanya mengenai sensitivi isu keris itu, Hishammuddin menjawab:

"Tidak, keris ini diserahkan kepada saya untuk saya menjaganya secara peribadi.

"Keris Panca Warisan tidak ada lagi pada pergerakan Pemuda. Ia ada bersama-sama dengan saya," tambahnya.

"Saya bertanggungjawab untuk membawa (keris itu) bersama-sama saya, insya Allah, jika diberi tempat di peringkat tertinggi parti.

"Bagi saya, ia adalah satu penutup kepada perkara yang digembar-gemburkan, perkara yang seharusnya tidak sepatutnya timbul salah faham," katanya.

Menurut Hishammuddin lagi, tidak ada niat di sebalik apa yang dilakukan, selain untuk melihat keris sebagai simbol yang boleh menyatupadukan dan simbol untuk merapatkan pelbagai kaum.

"Tetapi apabila disalahtafsirkan oleh mereka yang berkepentingan, maka hari itu saya telah meminta maaf.

"(Dan) hari ini saya telah menjalankan adat. Akhirnya amanah itu telah diserahkan kepada saya untuk dibawa ke hadapan," katanya.

Reaksi Khairy

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan ia bukan satu tindakan mengalah, tetapi sebagai satu penghormatan kepada budaya dan warisan.

"Saya tabik (pada Hishammuddin), saya nampak keris mencerminkan pemimpin yang berjiwa besar.

"Hishammuddin tidak lupakan asal usul bangsa dan warisan Melayu," tambahnya.

Menurut Khairy lagi, ia juga membuktikan Hishammuddin faham perasaan yang tidak selesa di kalangan kaum lain di negara ini.

Beliau berkata, Hishammuddin cuma mencium keris kali ini tetapi tidak mengangkatnya seperti sebelum ini.

"Semangat kemuliaan harus dikekalkan tradisinya. Keris mempunyai pelbagai makna.

Manakala exco pergerakan itu Datuk Mukhriz Mahathir pula berkata Hishammuddin mengekalkan cara terhormat kerana keris merupakan simbol perjuangan untuk semua.

"Saya merayu supaya kaum lain tidak salah faham," katanya.

0 comments:

 
PKR-Puchong - © 2007 Template feito por Templates para Você