Jawatankuasa khas DUN Selangor menyifatkan syarikat pelaburan kerajaan negeri Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sebagai "juruwang" kepada badan amal isteri wakil-wakil rakyat BN.
Pengerusinya Teng Chang Kim berkata dalam rumusannya selepas mendengar keterangan Ketua Pegawai Eksekutif PNSB Khairiah Abu Hassan dalam siasatan awam terhadap sumbangan syarikat itu kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) hari ini.
Katanya, PNSB bukan lagi bertindak sebagai "tukang bayar", sebaliknya menjadi "juruwang" apabila memberikan sumbangan kepada badan itu "walaupun tanpa mengetahui butiran lanjut program yang akan dijalankan, daripada pelbagai aspek".
Memberikan keterangan kepada Jawatankuasa Khas untuk Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Khairiah juga mengakui terdapat sebahagian permohonan Balkis kepada PNSB dibuat melalui lisan, tanpa surat permohonan rasmi.
Beliau menambah, PNSB menyumbang kepada Balkis "mengikut permintaan" kerana kebanyakan program badan itu dijalankan secara usahasama dengan kerajaan negeri.
Ditanya lagi sama ada beliau "akur" kepada permintaan Balkis disebabkan PNSB ketika itu dipengerusikan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, manakala isterinya Zaharah Kechik pula mengetuai Balkis, Khairiah mengiyakannya.
Bagaimananapun Khairiah kelihatan mengambil masa untuk menjawab soalan itu.
Setakat siasatan hari kedua Selcat, berbanding beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) utama Selangor yang lain, PNSB didapati membuat sumbangan terbanyak kepada Balkis dengan jumlah lebih RM5 juta dari 2002 hingga 2007.
Sumbangan penuh PNSB kepada Balkis sepanjang tempoh itu seperti berikut: RM739,000 pada 2002; RM1,664,000 (2003); RM460,000 (2004); RM439,00 (2005); RM924,00 (2006) dan RM935,00 (2007).
Dalam siasatan hari ini, Khairiah disoal lima anggota panel Selcat: termasuk Teng yang juga speaker DUN, Haniza Talha (PKR-Taman Medan), Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang) dan Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing).
Dua lagi anggota Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua) tidak hadir.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
Setahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan