REALITI UMNO

Khamis, 2 April 2009

AMK buru, terjah pengundi hantu

SUNGAI PETANI, 1 APRIL (SK) - Bukan sahaja meragukan, malah melucukan apabila sebuah rumah teres didiami seramai sehingga 60 orang yang terdiri dari pelbagai kaum, Melayu Cina dan India.

Namun itu lah realiti yang berlaku pada senarai pemilih berdaftar Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kawasan Dun Bukit Selambau.

Angkatan Muda KeADILan, dalam misinya memburu pengundi-pengundi hantu terbabit, membuktikan dakwaan mereka sebelum ini bahawa wujud pengundi hantu di kawasan berkenaan.

Bersama wartawan dan jurukamera, Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa menunjukkan rumah-rumah ‘berhantu’ yang terletak di kawasan Taman Bandar Baru, Bukit Selambau.

Taman itu, setakat ini dikesan mempunyai bilangan pengundi hantu paling ramai berdasarkan Sistem Menang Pilihanraya (Sismep), satu sistem yang direka oleh KeADILan bagi mengenalpasti pengundi dan menentukan lokaliti mereka.

Sebagai contoh, Fariz menunjukkan sebuah rumah bernombor 16 yang dihuni seramai 47 orang pengundi berdasarkan Sismep yang padan dengan senarai pemilih SPR.

Sebuah rumah lagi, bernombor 20, dihuni oleh seramai 49 pengundi.

Manakala rumah bernombor 19 dan 17, yang ditunjukkan Fariz turut memiliki bilangan penghuni yang tidak munasabah, masing-masing 56 dan 42 pengundi berdaftar.’Rumah berhantu’ yang paling menyeramkan ialah rumah bernombor 3, iaitu seramai 60 orang pengundi hantu dikesan menetap di situ.

“lebih meragukan dalam senarai pemilih itu, terdapat kod no kad pengenalan yang bukan dari Kedah seperti 07,08,09 dan sebagainya,” katanya.

Fariz menunjukkan beberapa buah rumah yang dikesan sebagai lokasi pengundi hantu dari sebanyak 76 buah rumah ‘berhantu’ di kawasan perumahan berkenaan. Katanya, seramai 2,215 dari 3,544 pengundi di taman itu dikesan sebagai pengundi hantu, tidak termasuk di tempat lain.

Fariz, ketika ditemui pemberita selepas misi memburu pengundi hantu itu mencabar pengerusi Perhubungan BN Negeri Kedah, Mahazhir Khalid yang sebelum ini mahu beliau membuktikan dakwaaan tersebut.

“Saya menafikan kenyataan Mahazhir bahawa senarai pemilih SPR bersih dari sebarang pengundi hantu.Saya cabar Mahazhir supaya datang sendiri berjumpa saya dan saya akan buktikan dakwaan saya ini kepada beliau,”katanya.

Fariz turut memberi amaran keras kepada SPR supaya membersihkan segera senarai pemilih berkenaan, atau berhadapan dengan tindakan yang lebih serius dari AMK.

“Senarai ini membuktikan SPR tidak telus dan tidak adil. Kita akan hantar memorandum dan pada kali ini akan bertindak lebih serius,” ujarnya yang turut berkata akan membuat laporan Polis berhubung isu terbabit.

Seorang penduduk yang ditemui, Abdul Latif Md Noor ketika ditemui berkata akan mengkaji tindakan undang-undang terhadap SPR. Beliau melahirkan rasa terkejut dengan

senarai pengundi dalam daftar pemilih sedangkan hanya dua orang yang layak mengundi dalam rumah itu iaitu beliau dan isteri, Noraisyah Mahmud. AMK Buru, terjah pengundi hantu.
oleh: Rusnizam Mahat

Bukan sahaja meragukan, malah melucukan apabila sebuah rumah teres didiami seramai sehingga 60 orang yang terdiri dari pelbagai kaum, Melayu Cina dan India.

Namun itu lah realiti yang berlaku pada senarai pemilih berdaftar Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kawasan Dun Bukit Selambau.

Angkatan Muda KeADILan, dalam misinya memburu pengundi-pengundi hantu terbabit, membuktikan dakwaan mereka sebelum ini bahawa wujud pengundi hantu di kawasan berkenaan.

Bersama wartawan dan jurukamera, Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa menunjukkan rumah-rumah ‘berhantu’ yang terletak di kawasan Taman Bandar Baru, Bukit Selambau.

Taman itu, setakat ini dikesan mempunyai bilangan pengundi hantu paling ramai berdasarkan Sistem Menang Pilihanraya (Sismep), satu sistem yang direka oleh KeADILan bagi mengenalpasti pengundi dan menentukan lokaliti mereka.

Sebagai contoh, Fariz menunjukkan sebuah rumah bernombor 16 yang dihuni seramai 47 orang pengundi berdasarkan Sismep yang padan dengan senarai pemilih SPR.

Sebuah rumah lagi, bernombor 20, dihuni oleh seramai 49 pengundi.

Manakala rumah bernombor 19 dan 17, yang ditunjukkan Fariz turut memiliki bilangan penghuni yang tidak munasabah, masing-masing 56 dan 42 pengundi berdaftar.’Rumah berhantu’ yang paling menyeramkan ialah rumah bernombor 3, iaitu seramai 60 orang pengundi hantu dikesan menetap di situ.

“lebih meragukan dalam senarai pemilih itu, terdapat kod no kad pengenalan yang bukan dari Kedah seperti 07,08,09 dan sebagainya,” katanya.

Fariz menunjukkan beberapa buah rumah yang dikesan sebagai lokasi pengundi hantu dari sebanyak 76 buah rumah ‘berhantu’ di kawasan perumahan berkenaan. Katanya, seramai 2,215 dari 3,544 pengundi di taman itu dikesan sebagai pengundi hantu, tidak termasuk di tempat lain.

Fariz, ketika ditemui pemberita selepas misi memburu pengundi hantu itu mencabar pengerusi Perhubungan BN Negeri Kedah, Mahazhir Khalid yang sebelum ini mahu beliau membuktikan dakwaaan tersebut.

“Saya menafikan kenyataan Mahazhir bahawa senarai pemilih SPR bersih dari sebarang pengundi hantu.Saya cabar Mahazhir supaya datang sendiri berjumpa saya dan saya akan buktikan dakwaan saya ini kepada beliau,”katanya.

Fariz turut memberi amaran keras kepada SPR supaya membersihkan segera senarai pemilih berkenaan, atau berhadapan dengan tindakan yang lebih serius dari AMK.

“Senarai ini membuktikan SPR tidak telus dan tidak adil. Kita akan hantar memorandum dan pada kali ini akan bertindak lebih serius,” ujarnya yang turut berkata akan membuat laporan Polis berhubung isu terbabit.

Seorang penduduk yang ditemui, Abdul Latif Md Noor ketika ditemui berkata akan mengkaji tindakan undang-undang terhadap SPR. Beliau melahirkan rasa terkejut dengan

senarai pengundi dalam daftar pemilih sedangkan hanya dua orang yang layak mengundi dalam rumah itu iaitu beliau dan isteri, Noraisyah Mahmud.

0 comments:

 
PKR-Puchong - © 2007 Template feito por Templates para Você