Hindraf, yang mendapat dukungan popular komuniti India, akan menangguhkan sebarang bantahan termasuk demonstrasi dalam tempoh 100 hari pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
"Sebagai tanda sangka baik dan harapan akan wujud pembaharuan sebenar dan positif berhubung nasib kaum India di Malaysia, Hindraf tidak akan menganjurkan kegiatan seperti tunjuk perasaan atau menyerahkan memorandum," kata pengerusinya P Waythamoorthy hari ini.
Beliau, yang berada di London sejak penahanan lima tokoh Hindraf bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Disember 2007, berkata Hindraf benar-benar berharap perdana menteri baru bersedia berbincang dengan pertubuhan haram itu bagi mencari jalan penyelesaian.
Adik penasihat undang-undang NGO itu P Uthayakumar - kini masih meringkuk dalam tahanan di kem Kamunting, Taiping - juga mengalu-alukan barisan jemaah menteri yang mengangkat sumpah hari ini.
Kurang 12 jam selepas mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertuan Agong pada 3 April lalu, Najib membebaskan dua daripada pemimpin Hindraf daripada kem Kamunting: R Kenghadharan dan V Ganabatirau.
Selain Uthayakumar, setiausaha Hindraf T Vasantha Kumar dan M Manoharan, kini ADUN Kota Alam Shah, masih di kem tahanan tersebut.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
Setahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan