REALITI UMNO

Rabu, 8 April 2009

Anwar: Rakyat tolak PM baru

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kegagalan Umno merampas kerusi parlimen Bukit Gantang dalam pilihanraya kecil semalam menunjukkan bahawa rakyat menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pilihanraya kecil itu merupakan satu referendum terhadap beliau. Keseluruhan kempen mereka meminta rakyat memberi peluang kepada kepimpinan baru.

anwar and najib"Mereka berkata, Umno telah membuat kesilapan pada masa lalu dan ia kini harus diberi peluang di bawah kepimpinan Najib.

"Dan mereka membawa balik (Tun) Dr Mahathir... itulah masalahnya," kata Anwar di sidang akhbar di ibu pejabat PKR pagi ini.

Ketua pembangkang itu berkata dalam kempen mereka, Umno mengutarakan konsep perpaduan Najib - Satu Malaysia - di samping isu Ketuanan Melayu.

Bagaimanapun, tegasnya, semua kempen tersebut tidak berhasil.

Oleh itu, katanya lagi, Najib mesti bersedia menerima hakikat bahawa gesaannya untuk perubahan dan pembaharuan telah gagal.

"Beliau mesti mengambil inisiatif untuk melakukan pembaharuan," tambahnya.

Beliau juga menolak tanggapan bahawa Najib akan mengadakan pilihanraya umum mengejut pada bila-bila masa.

"Umno tidak akan menimbangkannya langsung. Jika mereka buat, insya Allah, kita akan tubuh kerajaan yang akan datang," katanya.

Tidak seperti Umno, tegas Anwar, PKR dan Pakatan Rakyat tidak memainkan isu perkauman untuk menang pilihanraya.

0 comments:

 
PKR-Puchong - © 2007 Template feito por Templates para Você