REALITI UMNO

Rabu, 1 April 2009

Anwar tak faham larangan KDN - malaysiakini

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak faham dengan arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang melarangkan dibangkitkan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan keputusan Sultan Perak, dalam kempen tiga pilihanraya kecil sekarang.

bukit selambau by election anwar ibrahim ceramah 010409 04"Saya tidak faham kenapa Menteri Dalam Negeri, (Datuk Seri Syed Hamid Albar) tidak membenarkan (kita) bercakap tentang (isu pembunuhan) Altantuuya.

"(Arahan) Itu janggal. Tidak pernah ada larangan (seperti itu) dalam sejarah pilihanraya. Kalau subjudis, bawa ke mahkamah. Kalau rasa terganggu, Najib boleh saman," kata Anwar kepada pemberita dalam satu sidang media malam tadi.

Larangan tersebut dikeluarkan secara mengejut semalam kepada parti-parti bertanding di tiga kawasan pilihanraya kecil oleh menteri berkenaan, setelah masuk hari ketiga berkempen di Parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.

Kematian tragis wanita muda Mongolia itu sering dikaitkan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kes kenalan akrabnya Abdul Razak Abdullah Baginda.

Dalam sidang media itu, Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh, turut menjelaskan bahawa bekas wakil rakyat Bukit Selambau, V. Arumugam menghubunginya beberapa hari lalu untuk memohon izinnya untuk pulang berkempen.

bukit selambau by election anwar ibrahim ceramah 010409 05Bagaimanapun, Anwar berkata, beliau bercakap dengan bekas exco Kedah itu secara peribadi dan menasihatkan beliau tidak turut serta berkempen.

Perjelas pemilihan Manikumar


Ini kerana, kata Anwar, beliau tidak dapat memastikan keselamatan bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau itu.

Kata Anwar, Arumugam sekarang masih berada di luar negara, tetapi tidak menjelaskan di mana Arumugam berada.

Arumugam, meletakkan jawatan ADUN dan exco Kedah setelah mendakwa menerima ugutan yang mengancam diri dan keluarganya, awal Februari lalu.

Ditanya sama ada calon PKR, S Manikumar mempunyai kaitan dengan bekas wakil rakyat Bukit Selambau itu, Anwar menafikan perkara tersebut.

Manikumar yang turut berada di sebelah Anwar, turut menafikan beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Arumugam.

"Mungkin ada kerana daripada cucu Nabi Adam," sampuk Anwar berseloroh.

Sementara itu, dalam ceramah, Anwar turut menperjelaskan isu pemilihan Manikumar yang menjadi rungutan oleh ahli-ahli PKR.

ADUN untuk semua


bukit selambau by election anwar ibrahim ceramah 010409 02Anwar mengakui bahawa Manikumar "tidak mempunyai banyak pengalaman dalam parti", sebalik pemilihannya antaranya "berdasarkan kepada komited" beliau terhadap parti.

"Beliau adalah anak muda, cerdik dan kuat daya tahannya. Beliau ada kelayakan, berani dan sederhana.

"Dia akan menang, Insyallah, tapi bukan untuk orang India sahaja, tetapi untuk orang Melayu, Cina dan India," katanya kepada hadirin yang hadir.

Anwar yang berkemeja putih dan berseluar hitam dan baru sahaja tiba dari Bangkok, menyampaikan ceramah di hadapan lebih 1,000 orang di Taman Kelisa Ria, Sungai Petani, malam tadi.

Tambahnya, pemilihan Manikumar sebagai calon, turut mendapat persetujuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Anwar berkata, sekiranya Manikumar menang dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau pada 7 April ini, beliau akan dilantik untuk menjadi exco Kedah bagi menggantikan tempat Arumugam.

Larangan menteri


Turut berucap ialah Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution, yang turut membantah keputusan Syed Hamid Albar melarang dibangkitkan isu pembunuhan Altantuuya dan keputusan kontroversi Sultan Perak.

bukit selambau by election anwar ibrahim ceramah 010409 01Beliau mendakwa, larangan itu bertujuan untuk melindungi Najib, yang baru sahaja dipilih menjadi presiden Umno, Sabtu lalu.

"Isu Altantuuya tak boleh cakap. Keputusan Sultan Perak tak boleh pertikai.

"Kita ada hujah nak balas tapi tak boleh cakap. Kita nak cakap tapi tak boleh.

"Jadi siapa yang takut, siapa yang bimbang? (Datuk Seri) Anwar atau (Datuk Seri) Najib? (Datuk Seri) Abdul Hadi atau Najib? Datuk Nik Abdul Aziz atau Najib?" soal Saifuddin yang juga ahli Parlimen Machang kepada hadirin.

Lantas, hadirin yang hadir menjawab dengan berkata," Najib" beramai-ramai.

0 comments:

 
PKR-Puchong - © 2007 Template feito por Templates para Você