REALITI UMNO

Jumaat, 10 April 2009

Keterbukaan dan kerjasama dialu-alaukan: Khalid Ibrahim

SHAH ALAM, 9 April (SK) : Kerajaan Negeri Selangor berharap agar barisan kabinet baru Perdana Menteri Najib Razak dapat
mengwujudkan ruang persefahaman diantara kedua belah pihak dalam setiap perancangan pembangunan di Malaysia.

Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim dalam kenyataan beliau hari ini berkata bahawa Kerajaan Negeri mengalu-alukan perlantikan barisan anggota kabinet baru yang diumumkan semalam.

“Kerajaan Negeri berpendirian bahawa kini adalah penting bagi mencari penyelesaian berkaitan penstrukturan semula industri air di Selangor yang dirancangkan oleh Kerajaan Pusat,” kata Khalid.

“Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat untuk mencari jalan penyelesaian muhibah melalui proses arbitrasi di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan syarikat konsesi air,” jelas beliau lagi.

“Juga diharapkan agar Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang baru dapat membantu Kerajaan Negeri dalam menyediakan perkhidmatan bekalan air yang efisyen serta pada kadar yang rendah bagi seluruh warga Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” tegas beliau.

Kerajaan Negeri Selangor akan berhubung dengan Menteri di Unit Perancang Ekonomi dan Menteri Kewangan yang baru berkenaan pakej rangsangan ekonomi yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri.

“Setelah mengenalpasti lima bidang pengkhususan untuk memberangsangkan suasana ekonomi kini, antaranya pemuliharaan dan pembersihan Sungai Klang yang melibatkan pembangunan tanah dan hutan simpanan sepanjang sungai,” kata beliau mengakhiri kenyataan rasmi negeri Selangor.

1 comments:

Prof. Era Pasca berkata...

salam penulis dan pembaca..
en khalid yang penting buka pekung khir sampai tertangkap...
nak minta penjelasan kiranya anda boleh memperjelaskan sedikit hal undang2 MALAYSIA... bukan nak ajak bergaduh.. hehehe

link yg terlibat:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/nik-aziz-bela-dap.html

 
PKR-Puchong - © 2007 Template feito por Templates para Você