REALITI UMNO

Rabu, 1 April 2009

Hakim baru dengar kes Nizar-Zambry - malaysiakini

Saman yang dikemukakan oleh Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin terhadap Datuk Zambry Abd Kadir, akan didengar oleh hakim baru esok.

Hakim Mahkamah Tinggi Abdul Aziz Abd Rahim akan mendengar permohonan awal untuk mendengar kes sepenuhnya, pada jam 2.30 petang esok di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, kes itu didengar oleh Hakim Lau Bee Lan. Tiada sebab diberikan mengenai pertukaran tersebut, yang dimaklumkan kepada pihak-pihak terbabit bagi ini.

Saman yang dikemukakan oleh Mohd Nizar terhadap Zamby adalah untuk menentukan menteri besar Perak yang sah.

Dalam saman itu yang difailkan pada 13 Februari lalu, Nizar antara lain, memohon mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah menteri besar Perak yang sah.

Beliau juga memohon interpretasi Artikel 16(6) perlembagaan Perak mengenai bila jawatan menteri besar boleh dikosongkan.

Dalam permohonannya itu, Nizar berkata Zambary mesti menyatakan berkuasa yang membenarkan beliau menjadi menteri besar yang sah.

Nizar juga memohon pengisytiharan bahawa Zambry tidak mempunyai hak untuk menjadi menteri besar pada bila-bila masa, serta injunksi untuk menghlang Zambry atau ejen-ejennya daripada menerus tugas sebagai menteri besar.

0 comments:

 
PKR-Puchong - © 2007 Template feito por Templates para Você