REALITI UMNO

Jumaat, 10 April 2009

Manikumar Angkat Sumpah Sebagai Exco Isnin Ini

ALOR SETAR,10 April (SK) : S Manikumar akan mengangkat sumpah sebagai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) di Istana Anak Bukit Isnin ini.

Beliau juga akn di lantik sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Bukit Selambau yang baru kata Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak baru-baru ini.

Beliau berkata Manikumar daripada KeADILan akan mengangkat sumpah sebagai Adun di hadapan Speaker Dun Dr Abd Isa Ismail di Dewan Undangan Negeri pada 19 April ini.

“Saya telah menghadap Tuanku pagi tadi dan Baginda telah perkenan tentang pelantikan itu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini.

Menurutnya Manikumar, 35 akan memegang portfolio Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Koperasi, Perpaduan Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India yang pernah dipegang oleh penyandangnya V. Arumugam apabila melepaskan jawatan berkenaan pada 8 Feb lalu.

Pada pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau semalam, Manikumar yang menang 12,632 undi dengan majoriti 2,403 menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk S. Ganesan yang memperoleh 12,632 undi dan 13 calon Bebas.

Genesan, 49 mendapat 10,229 undi.

Sementara itu, Bekas anggota Exco Kedah, V Arumugam yang pulang dari India semalam berkata beliau melarikan diri kerana faktor keselamatan diri dan keluarganya terancam berikutan menerima banyak ugutan dan desakan supaya melompat parti.

“Saya melarikan diri berseorangan ke Mumbai untuk menenangkan fikiran dan hanya akan pulang selepas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau berakhir kerana merasakan keadaan pada masa itu sudah tenang dan selamat,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama pihak yang mendesaknya melompat parti tetapi berkata cara itu sahaja yang boleh dilakukan bagi mengelak daripada menjadi mangsa keadaan.

“Saya tidak menyesal melepaskan kedua-dua jawatan wakil rakyat dan Exco pada 8 Feb lepas,” katanya kepada pemberita semasa ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim kira-kira jam 3 petang semalam.

Kepulangan Arumugam dapat dihidu wartawan dan jurugambar yang menunggu di lapangan terbang sejak pukul 1.45 petang.

Isteri beliau M. Mariyaee, 36, dan anak bongsunya, Selvanthiran, 7 tahun menunggu beliau dengan ditemani peguam, Murshidah Mustafa.

0 comments:

 
PKR-Puchong - © 2007 Template feito por Templates para Você